Beberapa pusat perubatan swasta di Kedah sedia terima pesakit COVID-19 untuk menampung kepadatan jumlah pesakit yang dirawat di hospital kerajaan.<br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, setakat ini jumlah pesakit yang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sudah menjangkau 80 peratus.
